Kepenggunaan Dalam Islam


Aku sedang menyiapkan tugasan berkaitan Konsep Pembangunan dalam Ekonomi Islam.. Pada mulanya aku tidaklah terlalu berminat dengan tajuk tugasan yang diberikan, kerana aku lebih berminat dengan topik Perbankan dan Kewangan Islam. Namun, setelah membuat beberapa bacaan mengenai tajuk in, aku tiba-tiba rasa kagum dan bangga dengan prinsip yang sedia ada dalam Prinsip yang ditetapkan Islam. Segala-galanya kemas,sistematik,adil,dan sempurna pada pandanganku dan pasti kepada sesiapa pun yang mendalaminya.

Aku berminat hendak berkongsi tentang apa yang telah aku baca. Herm.. untuk kali ini, InsyaAllah aku berkongsi dari satu aspek dulu ya..( sementara aku teruskan bacaan untuk aspek-aspek lain..=) )

KONSEP KEPENGGUNAAN DALAM ISLAM

” Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai….dan janganlah kamu mendekati pohon ini,yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.” ( al-Quran 2:35)

Allah maha mengetahui. Konsep kepenggunaan dalam Islam telah wujud seiring dengan penciptaan manusia pertama. Nabi Adam a.s. Jika dilihat pada mafhum ayat di atas, jelas Islam memberi kebebasan buat manusia untuk menikmati nikmat yang ada dan menikmati kesejahteraan dan keselesaan hidup mengikut kemahuan masing-masing. Namun begitu, Islam itu indah dan pasti memberi keindahan dalam apa sudut sekalipun. walupun manusia diberi kebebasan mengguna, namun masih ada had dan batasannya.

“…. dan janganlah kamu mendekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim,”

Di akhir ayat ini, Allah menegaskan bahawa nikmat yang infiniti itu, ada batasannya. Dan sekiranya batasan dilanggar, akan memberi kesan yang buruk kepada manusia itu sendiri. Begitu juga yang berlaku kepada Nabi Adam dan isterinya Hawa. Dek termakan bisikan iblis, mereka melanggar larangan Allah Azzawajalla.

Islam sesuai sepanjang zaman.

Aplikasi daripada kisah Adam dan Hawa di syurga melalui ayat 35 surah Al-Baqarah, dapat diterjemahkan bahawa Islam bukan hanya memandang aspek kuantitatif dalam menentukan kepuasan dalam penggunaan, bahkan lebih mementingkan aspek kualitatif bagi mencapai utiliti kepenggunaan.

Apa itu aspek kualitatif ? penggunaan yang memberi manfaat kepada orang sekeliling dan masyarakat adalah nilai utama yang diterapkan Islam dalam kepenggunaan. Kan cantik tu… Jika dibandingkan dengan sistem pembangunan kapitalis yang menjadikan wang sebagai perangsang tunggal kepada kepengunaan demi mencapai utiliti yang sememangnya tidak dapat dicapai kerana utiliti itu sendiri bernilai infiniti, sistem ekonomi Islam memberi pandangan dan panduan dari sudut berbeza dalam memandu pengguna menjadi lebih penyayang dan tidak mementingkan diri sendiri.

Hal ini sejajar dengan firman Allah yang menyatakan bahawa haram bagi seseorang manusia yang menikmati makanan misalnya, sedangkan jiran sebelah sedang terseksa dengan kelaparan. Sejajar dengan konteks Islam dimana muslim itu bersaudara, Islam mentarbiyah manusia agar menjadi prihatin dan baik hati dari pelbagai cara dan aspek kehidupan.

Mungkin perkara yang aku sampaikan di sini terlalu general dna telahpun diketahui semua orangg, tetapi persoalan sejauh mana kita penjadi Pengguna Islam perlu difikirkan sedalam-dalamnya. Kita bangga menyebut Islam is the way of life. Tetapi sejauh mana kita benar-benar menjadikan Islam sebagai cara hidup kita. Itulah yang sering aku tanya kepada diri aku.


1 Comment

Filed under Poket Kongsi

One response to “Kepenggunaan Dalam Islam

  1. anis athirah

    ntah la…saya masih tercari-cari lagi itu kepenggunaan sebenarnya…boleh x terangkan objektif nya dan perihal kepenggunaan itu sendiri…terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s